Followers

Thursday, August 20, 2015

Demi kelangsungan PM Najib....'do or die' !


Zar Ali's photo. Sehubungan dengan rombakan kabinet oleh PM Najib yang menyaksikan beberapa menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri disingkirkan, beberapa siri pertukaran yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi keselamatan negara pula turut berlaku. 

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di sebalik perkembangan yang tidak menentu kebelakangan ini? 

Dan apa yang lebih menghairankan dan menjadi pertanyaan ialah ianya dilakukan dengan cara mendadak seolah-olah satu tindakan nekad 'do or die' demi kelangsungan pentadbiran PM Najib. 

1) Pada 28 Julai lalu, Dato’ Seri Akil Bulat tidak dilanjutkan jawatan dan tempat beliau sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM diambil alih oleh Pesuruhjaya Polis Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun berkuatkuasa serta merta. 

2) Tindakan tersebut berlaku serentak dengan pengumuman penamatan khidmat Tan Sri Ghani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa. Penggantian Ghani ini sangat mengejutkan kerana kontrak beliau akan berakhir pada 5 Oktober 2015 dan tiada sebarang gosip penggantian lebih awal.~ sumber 

3) Pada 7 Ogos, 2 pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan ke JPM berkuat kuasa serta merta. 

Arahan itu dibatalkan pada 10 Ogos selepas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob bertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Kedua-duanya kemudiannya kembali semula ke jawatan asal mereka dalam badan anti-rasuah itu. 

4) Terkini Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador ditukarkan ke sebuah bahagian keselamatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Difahamkan arahan pemindahan itu dikeluarkan semalam, semasa Hamid masih bercuti panjang. 

Beliau dijangka melaporkan diri di JPM selepas cutinya berakhir pada 28 Ogos. Beliau tidak tahu kenapa secara tiba-tiba beliau diarahkan bertukar. "Saya tidak tahu mengapa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di sana," Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini.– 19 Ogos, 2015. 

Apa lagi yang akan berlaku esok? 

Tiada apa yang mustahil boleh berlaku bila orang gila kuasa yang berkuasa!



HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.