Followers

Monday, August 10, 2015

Cerita Dongeng 1MDB kata Mahathir

Mafiaboss Melayu's photo.Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak boleh menerima jawapan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa RM2.6 bilion adalah datang dari penderma.

Katanya, tidak dinafikan bangsa Arab seorang yang pemurah tetapi mustahil untuk bangsa Arab bersikap begitu pemurah dengan mendermakan berbilion ringgit.

“Saya langsung tidak dapat meraih satu dolar pun dari mereka (Arab) untuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau untuk Oxford Islamic Centre.

“Dakwaan bahawa Arab menderma bilion ringit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai ‘hogwash’ atau ‘bullshit’,” katanya.

Menulis di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan tidak ada mana-mana pemimpin dunia akan dermakan sebanyak AS$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia.

“Malah, Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah sedemikian ketika beliau bertanding jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, ” katanya.

You, Noora Abdullah, Hummer Mike Pro, Zak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.