Followers

Wednesday, August 12, 2015

4 Kebaikan Utama Minum Kangen Water

 
Posted on by in Kangen Water, Kangen Water Malaysia | Comments Off on 4 Kebaikan Utama Minum Kangen Water

Meningkatkan Penghidratan

stock-footage-man-drinking-water-near-window
 
Proses pengionan air mengurangkan saiz molekul air sehingga dua pertiga. Kelompok molekul air berubah menjadi bentuk heksagon apabila melalui proses pengionan. 

Lebih kecil saiz molekul air heksagon itu, lebih mudah untuk menembusi membran selular, meningkatkan pembaikan tisu dan menyingkirkan bahan buangan dalam badan. 

Jumlah air heksagon yang dihasilkan adalah bergantung kepada luas permukaan plat elektrolisis dan kuasa elektrik yang dikhaskan untuk proses pengionan.

Keseimbangan pH Badan

body-copy
 
Kangen Water meningkatkan pH air paip dengan proses pengionan atau pemisahan molekul air (H2O) yang menjadikan ion H+ (hidrogen dengan cas elektrik positif) dan OH- (hidroksil dengan caj elektrik negatif), dan juga ionik mineral beralkali. 

Bilangan OH- yang banyak meningkatkan penampan bikarbonat dalam darah, mengimbangi dan meneutralkan pH badan, dan mengeluarkan sisa asid dan toksin dalam badan.

Meningkatkan Oksigen Darah

17r68ka7gh65ajpg
 
Air Kangen yang segar mengandungi banyak ion hidroksil (OH-) yang mendermakan elektron kepada oksigen radikal bebas yang tidak stabil, menyebabkan molekul oksigen menjadi stabil. 

Menurut kata pakar, meminum air Kangen secara tetap akan meningkatkan jumlah oksigen yang terlarut dalam darah. Oksigen yang stabil menyebabkan mental aktif dan tubuh badan menjadi segar dan lebih bertenaga.

Meneutralkan Radikal Bebas
free-radicals
 
Menurut Dr. Hidemitsu Hayashi, Pengarah kepada The Water Institute di Tokyo, Jepun, “Disebabkan oksigen aktif adalah radikal bebas dan boleh merosakkan tisu normal, ia adalah penting untuk menghapuskan atau meneutralkannya sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan pada tisu yang sihat. 

Jika kita dapat mencari kaedah yang berkesan untuk menghalang oksidasi tisu yang sihat disebabkan oleh oksigen aktif, maka kita dapat mencegah penyakit.”

Air Kangen mempunyai banyak ion hidroksil (OH-) yang menyediakan elektron tambahan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan di dalam badan. 

Air Kangen yang segar dan baru dihasilkan mempunyai ORP negatif yang tinggi (Keupayaan Pengurangan Pengoksidaan), menjadikannya anti-oksidan yang kuat dan dapat meneutralkan radikal bebas di dalam badan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.