Followers

Thursday, August 13, 2015

1MDB : Bank Negara Mahu PeguamNegara Bertindak !!

Mafiaboss Melayu's photo.“Bank ini telah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara dengan cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai,” katanya.

Ini penampilan sulung Zeti dalam beberapa minggu setelah beliau dan agensi-agensi penguatkuasaan lain menjadi perhatian susulan siasatan mereka.

Siasatan itu juga ditunggu-tunggu kerana ia melibatkan kemasukan RM2.6 bilion wang derma ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tempoh itu peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah digantikan, yang kemudian menyaksikan pasukan siasatan khas terbubar.

Pasukan itu pada mulanya disertai Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

SPRM dan Bank Negara bagaimanapun meneruskan siasatan mereka.

Bagaimanapun, muncul kontroversi baru apabila pegawai SPRM disiasat polis berhubung dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan pada Najib dan Zeti pula dihamburkan pelbagai dakwaan liar di Internet.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.