Tony Pua akan berbincang dengan peguamnya Gobind Singh Deo untuk menyaman kerajaan Malaysia.
Katanya, dia akan berbincang dengan peguamnya, Gobind Singh Deo untuk tindakan selanjutnya.
Dalam sidang medianya bersama kepimpinan DAP di Ibu Pejabat DAP di sini pada Rabu, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata, dia dimaklumkan oleh pegawai Imigresen pada jam 3.15 petang yang namanya telah disenarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.
Katanya, dia sepatutnya ke Jogjakarta, Indonesia atas urusan rasmi.
“Pegawai kanan Imigresen datang dan memaklumkan kepada saya bahawa saya dihalang meninggalkan negara ini.
“Saya bertanyakan kepada pegawai tersebut kenapa saya dihalang tetapi tiada jawapan diberi,” katanya.
Dia turut terkejut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak selama ini yang dia tidak dibenarkan ke luar negara.
Katanya, kali terakhir dia ke luar negara adalah pada 31 Mei lalu ketika menghadiri Persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Komanwel di Malta.
Sehubungan itu, Tony Pua menuntut jawapan daripada pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa dia dihalang ke luar negara.
Tony Pua turut menyifatkan larangan beliau ke luar negara itu menunjukkan terdapat salah guna kuasa oleh pihak berkuasa.
“Ini menunjukkan salah guna kuasa yang menghalang saya untuk pergi ke negara yang saya mahu,” katanya.
Tony Pua turut ditanya adakah dia pernah berjumpa dengan Lester Melanyi dan warga Switzerland, Xavier Andre Justo.
“Tak Pernah. Saya tak pernah jumpa Justo dan Melanyi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.