Beliau hairan mengapa Perdana Menteri melantik Isa yang sebelum pernah disabitkan mengamalkan politik wang dalam Pemilihan UMNO.
Ini kerana, katanya, Isa, bekas Naib Presiden UMNO pernah dikenakan tatatertib kerana terlibat mengamalkan politik wang ketika Pemilihan UMNO.
Bekas Perdana Menteri meluahkan perkara itu ketika menerima kunjungan muhibah Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ke Yayasan Kepimpinan Negara pada Isnin.
.
“Tun hairan kenapa Najib (Perdana Menteri) lantik Tan Sri Isa Samad jadi Pengerusi Felda, sedangkan beliau (Isa) telah dibuang (Kabinet) atas kesalahan salah laku dan politik wang.
“Kenapa FGV buang duit beli hotel, kilang dan melabur di luar Negara sedangkan ruang dan peluang masih terbuka luas di negara sendiri. Beli aset pula dengan harga tinggi untuk ambil kesempatan peribadi,” komen Dr Mahathir seperti yang ditulis Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman di Facebooknya.
Mazlan berkata, Dr. Mahathir turut berkongsi kebimbangan sekiranya FGV membuka ruang pemilikan saham kepada syarikat luar yang akan menyebabkan harta peneroka tergadai.
“Najib melakukan banyak perkara yang memudaratkan negara. Dia kata Pak Lah teruk, tapi pemerintahan Najib lagi teruk. Dulu saya sokong Najib, le ni saya terpaksa bersuara dan tarik balik sokongan. Saya sudah tegur dia, Najib tidak endah pandangan saya’,” kata Dr Mahathir.
Selain isu Felda dan FGV, Dr. Mahathir juga menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan GST.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.