Followers

Monday, July 6, 2015

TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu !!

 
"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang terkenal dengan sikap berterus terang menyatakan pandangannya dalam akaun Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor menegaskan, 'sistem pengadilan' sewajarnya mempunyai badan bebas bagi mengelakkan agensi itu dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Katanya seperti biasa beliau mahu membuat penegasan bahawa rasuah adalah "sifat yang sangat buruk".

"Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji," kata beliau.

Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya?
Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi.

Saya seorang sahaja seperti biasa, menyeru supaya sistem pengadilan sepatutnya mempunyai badan bebas agar tidak wujud sebarang kepentingan peribadi.

Terlibat dalam gejala rasuah adalah sifat yang sangat buruk. Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji.

Saya lebih suka tewas dengan penuh hormat, daripada menang dengan penipuan.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
--------
Corruption is a serious crime. Do you know what is the punishment for committing it?

Nothing... if you are a member of certain organisations.

As always, I'm the only one voicing out the need to have an independent body for our referees so they will be free from any conflicts of interest.

Being corrupted is a very bad trait. Being silent and doing nothing about it, however, is even worse.
I would prefer even to fail with honour, than to win by cheating.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Tidak dapat dipastikan kenyataan itu merujuk kepada isu apa tetapi negara kini sedang memberi perhatian kepada laporan media antarabangsa Wall Street Journal yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengaliran dana 1MDB.

Malam tadi, pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turun ke gelanggang dalam saingan Liga Perdana menentang PDRM.

JDT memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1.

Mengakhiri kenyataan itu, Tunku Ismail berkata beliau lebih suka tewas dengan penuh hormat daripada menang dengan penipuan.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.