Followers

Monday, July 13, 2015

Timbalan Pengerusi DAP Perak tempelak PJ Perak, Razman Zakaria.



Kenyataan Haji Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak adalah satu kenyataan yang sangat tidak logik (pinjam cakap Harun Din).

Malah kenyataan PJ Perak ini lebih kelakar dari apa yang pernah di ucapkan oleh PAS Sabah yang mahu bertanding di semua kawasan di Sabah!

Baca di sini.

Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V.Sivakumar menganggap kenyataan Razman itu amat melucukan.

Beliau menempelak kenyataan Razman tersebut sebagai tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," katanya.

Betulkah PAS nak tanding 52 kerusi utk meneruskan perjuangan Nabi?



Menurutnya, jika PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak, ini akan melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti PKR.

Jadi, bagaimana pula PAS boleh megekalkan hubungan tahaluf siasi dengan PKR?

Seterusnya beliau memberikan data imbasan kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama.

"Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi. "Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi.



"Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR. PAS juga perlu sedar bahawa kekuatan mereka juga telah berkurangan akibat persengketaan dalamannya.

"Pada hemat saya, PAS akan menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya di bawah pucuk pimpinan yang sedia ada dan persekitaran politik yang telah berubah." V. Sivakumar turut meramalkan PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di negeri Perak.

Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu UMNO Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan sekali lagi di Perak. Baca artikel penuh:


Ibnu Hasyim.

Timbalan Pengerusi DAP Perak tempelak PJ Perak, Razman Zakaria. Kenyataan Haji Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak adalah satu kenyataan yang sangat tidak logik (pinjam cakap Harun Din). Malah kenyataan PJ Perak ini lebih kelakar dari apa yang pernah di ucapkan oleh PAS Sabah yang mahu bertanding di semua kawasan di Sabah! Baca di sini. Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V.Sivakumar menganggap kenyataan Razman itu amat melucukan. Beliau menempelak kenyataan Razman tersebut sebagai tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," katanya. Betulkah PAS nak tanding 52 kerusi utk meneruskan perjuangan Nabi? Menurutnya, jika PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak, ini akan melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti PKR. Jadi, bagaimana pula PAS boleh megekalkan hubungan tahaluf siasi dengan PKR? Seterusnya beliau memberikan data imbasan kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama. "Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi. "Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi. "Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR. PAS juga perlu sedar bahawa kekuatan mereka juga telah berkurangan akibat persengketaan dalamannya. "Pada hemat saya, PAS akan menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya di bawah pucuk pimpinan yang sedia ada dan persekitaran politik yang telah berubah." V. Sivakumar turut meramalkan PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di negeri Perak. Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu UMNO Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan sekali lagi di Perak. Baca artikel penuh:

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.