Raja Petra Kamaruddin, who lives in self-exile in Manchester, says in
his newsite that Malaysia's task force investigating the US$700 million
allegedly transferred into the prime minister’s bank account is part of a
wider plot involving six Tan Sris. –
Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed antara yang dinamakan
Raja Petra Kamaruddin dalam kumpulan 6 orang bergelar ‘Tan Sri’ mahu
menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar TMI
Seorang
penulis blog yang sebelum ini pernah didakwa memfitnah Datuk Seri Najib
Razak kini menyenaraikan nama pegawai kerajaan dalam usaha menyingkirkan
perdana menteri menerusi satu siri “rampasan kuasa”.
Raja Petra
Kamaruddin yang hidup dalam buangan di Manchester, United Kingdom,
menulis malam tadi, pasukan petugas khas yang menyiasat skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian plot besar
membabitkan 6 Tan Sri, antara pangkat tertinggi di peringkat persekutuan
yang diberikan kepada pegawai kerajaan dan ahli perniagaan
“Jika
gerakan anti perdana menteri berjaya menumbangkan Najib, ini akan
menjadi rampasan kuasa pertama dalam sejarah Malaysia, 50 tahun selepas
apa yang berlaku di Indonesia.
“Sejarah mungkin akan
mengingatinya sebagai hari enam Tan Sri – empat dalam kenyataan media di
atas dan dua lagi saya pasti anda tahu siapa mereka,” katanya menerusi
entri di blognya, malaysia-today.net.
Kenyataan media yang dimaksudkan Raja Petra ialah yang dikeluarkan
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua
Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengumumkan pembekuan 6
akaun berkaitan siasatan 1MDB.
Tidak dapat dipastikan siapakah
dua lagi Tan Sri yang dimaksudkan, namun berdasarkan gambar yang
dilampirkan, salah seorang lagi ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.raja petra kamaruddin
Raja Petra (gambar, kiri)
berkata, yang menarik dalam rampasan kuasa kali ini ialah ia tidak
membabitkan ketenteraan seperti di Indonesia, sekadar menggunakan media
untuk mencapai objektif.
Katanya, gerakan anti Najib tidak mahu
menunggu hasil siasatan petugas khas atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) selesai kerana dibimbangi perdana menteri akan didapati
tidak bersalah.
“Jadi sebelum bukti kukuh dibongkarkan yang
mungkin melepaskan atau tidak melepaskan Najib, mereka mahu mengambil
‘langkah selamat’ menyingkirkannya sekarang.
“Ya, persoalannya
ialah wang RM2.6 bilion yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.
Jadi mereka perlu melakukan rampasan kuasa supaya Najib boleh
disingkirkan dari pejabatnya.
“Namun, jika rampasan kuasa itu
gagal, Najib masih di pejabatnya dan siasatan membuktikan Najib tidak
mencuri RM2.6 bilion itu, maka siasatan tidak harus terhenti malah perlu
dilakukan lebih mendalam lagi,” katanya.
Najib hari ini
memulakan proses tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dalam
skandal melibatkan berbilion ringgit ekoran pendedahan akhbar The Wall
Street Journal (WSJ) minggu lepas.
Peguam perdana menteri
bagaimanapun berkata, sebelum memutuskan tindakan mereka seterusnya ke
atas akhbar antarabangsa itu, mereka perlu mendapatkan semua fakta
berkenaan laporan itu.
Ia termasuk mengenalpasti pihak yang
disebut di dalam laporan itu, bidang kuasa perundangan dan penglibatan
dalang konspirasi, kata peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak firma
Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, seperti dipetik The Star.
“Ini
bukan kes undang-undang yang jelas dan mudah kerana ia membabitkan
dakwaan pihak tempatan dan antarabangsa. Kami diarah mengenal pasti
fakta dan membentangkan kesemuanya, sebelum anak guam kami memberikan
arahan seterusnya,” kata Wan Azmir.
“Matlamat mendapatkan penjelasan terperinci adalah bagi mengelak sebarang bantahan daripada WSJ berkenaan tuduhan yang dibuat.
“Selepas anak guam kami mendapatkan kesemua fakta yang diperlukan dan
kedudukan WSJ dipastikan, kami mendapat arahan jelas mengambil sebarang
jalan dan penyelesaian undang-undang serta-merta.”
-malaysianinsider-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.