Followers

Friday, July 10, 2015

Selamat Hari Lahir ke-90 Tun M FMT Reporters

 
mahathir_h.day_6001
Tun M berdoa supaya terus diberi kekuatan untuk terus bergiat aktif dalam meneruskan perjuangannya.

PETALING JAYA : Ahli keluarga dan artis mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-90 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambutnya pada Jumaat.

Melalui laman sosial Instagramnya, Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendoakan agar bekas Perdana Menteri yang kini telah mencecah umur 90 tahun itu dirahmati Allah.

“Selamat Hari Lahir Bapa Pembangunan & Permodenan Malaysia..Negarawan yang Ku Hormati. Ya Allah Rahmatilah beliau. amin Ya Rabb,” tulisnya.

Beliau memuatnaik semula (Photo Repost) gambar ucapan Selamat Hari Lahir daripada peminatnya terhadap Dr Mahathir.

Anak sulung Dr. Mahathir, Marina Mahathir turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada bapa kesayangannya.

“Selamat ulang tahun ke-90 kepada ayahku sayangi (darling)! Semoga Allah swt sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, kekuatan, keberanian, kegembiraan dan kasih sayang. # TunM90,” tulisnya di Twitter.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga menerusi laman Twitter turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada bapanya sambil berharap supaya Dr Mahathir dipanjangkan umur dan serta diberi pemikiran yang tajam untuk membuat teguran.

“HBD90 Ayah, HBD89 Ibu (12/7) Pnjg umur, sihat, tajam pemikiran, terus menegur, bahagia dunia akhirat inshaaAllah,” katanya.

Anak Mukhriz yang hanya menggunakan nama Ally memuatnaik gambar Dr Mahathir bersama keluarga, kek dan adiknya, Mia, yang berkongsi sambutan hari lahir.

“Happy Birthday to my wonderful sister Mia, You are 7. I love u forever. Happy Birthday Tok Det. You are 90. Love u both,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir melahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang menyambut ulang tahun ke-90.

“Saya bersyukur kerana dapat sambut hari lahir ke-90. Itu yang saya tak sangka sama sekali. Alhamdulillah,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.

Dr Mahathir berkata sempena ulang tahun ke-90, beliau berharap supaya terus diberi kekuatan untuk terus bergiat aktif dalam meneruskan perjuangannya sekarang.

“Kalau saya masih boleh bergerak, saya harap boleh terus aktif dalam (menangani) masalah negara,” katanya.

Diminta memberikan ucapan kepada rakyat Malaysia, Mahathir sambil tersenyum berkata: “Saya berdoa semua orang dapat merayakan ulang tahun (kelahiran) ke-90.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.