Followers

Wednesday, July 29, 2015

Segitiga Di Leher Nora Danish, Simbol Illuminati? By canang





SUKAR untuk membicarakan tentang Illuminati secara tepat kerana memerlukan huraian yang panjang, namun Illuminati biasa dikaitkan dengan satu pertubuhan rahsia yang ditubuhkan sejak tahun 1776 bertujuan mengatur pelbagai peristiwa dunia bagi mewujudkan satu ‘dunia baru’.


Dikatakan, salah satu yang melemahkan agenda besar ini adalah pengaruh Islam jadi pelbagai langkah dibuat untuk melemahkan penganut agama syumul ini di seluruh dunia termasuk melekakan mereka dengan hiburan.


Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan namun pengaruh Illuminati yang menyusup masuk melalui dunia hiburan di seluruh dunia sudah lama dibincangkan.


Apa yang sukar, pengikut pertubuhan sesat ini dikatakan bergerak secara rahsia dan hanya menerusi simbol-simbol tertentu sahaja mereka dapat dikenali.


Justeru kalau pun terlihat simbol yang mencurigakan hingga membuatkan seseorang itu dikaitkan dengan pertubuhan Illuminati atau mana-mana ajaran sekali pun, sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut masih boleh disanggah apatah lagi di zaman sekarang ramai yang melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memahami maksud sebenarnya.


simbol-agama
 

Antara lambang atau logo yang biasa dikaitkan dengan Illuminati adalah mata sebelah dan piramid atau segitiga.

Terbaharu, isu Illuminati dikaitkan dengan pelakon hot Nora Danish yang didapati mempunyai lambang menyerupai segitiga di bahagian lehernya, dipercayai tatu sementara.




Pemeriksaan mendapati walaupun peminat sibuk bertanyakan lambang segitiga tersebut, Nora masih mengekalkannya di leher sehingga kelmarin 


nora2


.

nora4


nora1
 

Tak dapat dipastikan sama ada lambang tersebut masih kekal di leher kekasih Nedim ini namun difahamkan, Nora menafikan sama sekali ianya ada kena mengena dengan Illuminati.

Nora: Tak Mahu Berkahwin Hanya Untuk Tutup Mulut Orang


Berkemungkinan besar, Nora hanya ‘suka-suka’ sahaja memakai lambang tersebut di lehernya.

Namun sebagai ingatan buat Nora mahupun diri sendiri dan saudara seIslam lain, melakukan sesuatu menyerupai kaum atau penganut agama lain adalah haram hukumnya.. termasuk bertatu walau sementara. Wallahua’lam. –  


MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.