Berita Mengejutkan Yang Sudah Dijangka
Adakah Ini Bukti Najib Bersalah? Menyekat
akses kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report hanya membuatkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilihat lebih bersalah,
kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata dalam menyekat akses kepada laman itu, Najib dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) "hampir mengumumkan kepada rakyat
Malaysia dan dunia bahawa perdana menteri tidak begitu bersalah kerana
beliau mahu rakyat mempercayai".
Ini ekoran dakwaan terhadap Najib berkaitan skandal firma pelaburan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana beliau gagal untuk
menepisnya, kata Lim.
Menurut pemimpin pembangkang itu lagi, ketika tidak ramai rakyat
Malaysia membaca Sarawak Report, SKMM bertindak dengan menguar-uarkan
rasa takut Najib terhadap laman web yang berpangkalan di UK.
"Dan seseorang tidak takut pembohongan dan kepalsuan, tetapi hanya yang benar!" kata Lim dalam kenyataannya hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.