Followers

Friday, July 3, 2015

Saya tidak boleh batalkan pembelian MARA -Annuar Musa - oLEH: Faiz Zainudin

 
rafizi,annuar

Annuar menjelaskan jika aset itu telah menjadi milik MARA, beliau tidak boleh membatalkan pembelian.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak boleh membatalkan pembelian hartanah oleh anak syarikatnya, MARA Inc.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna beliau tidak mengambil tindakan walaupun tahu lebihan bayaran bagi pembelian Doudley International House di Melbourne.

Oleh itu, tuduhan Rafizi Ramli bahawa beliau tidak mengambil tindakan adalah tidak benar.

“Kalau dia kata saya tahu dan kenapa tak ambil tindakan batalkan pembelian, elok dia renung balik ayat dia tu, sebab bila benda tu dah jadi milik MARA, adakah saya boleh undur ke belakang membatalkan pembelian? 

Mungkin dia tersasul, tapi ia tidak menjejaskan kita langsung.

“Dan kalau dia kata kita tak ambil tindakan, sebenarnya ada, mesyuarat pada Jun 2014 catat dalam minit ada teguran yang saya buat, sejak dari itu, kita terus buat pemantauan, tindakan ada, cuma saya tak sempat lapor kepada Rafizi sebab tak tahu dia berminat dalam kes ni, tapi kita memang ada buat laporan, ada minit, ada tindakan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MARA pada Khamis.

Annuar berkata, Rafizi boleh berjumpa dengannya secara terus sekiranya Naib Presiden PKR itu mahu mengetahui secara jelas isu melibatkan pembelian aset di Australia.

Beliau juga menasihatkan Rafizi supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa jika mempunyai maklumat penyelewengan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.