Followers

Tuesday, July 7, 2015

Saya ada bukti Persekutuan lengahkan penstrukturan air- Azmin Ali - Adam Abu Bakar

azmin_water_600

Beliau memberi amaran akan mendedahkan bukti itu kepada umum jika Kerajaan Persekutuan terus melengah-lengahkan penstrukturan air.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Kerajaan Persekutuan sengaja melengahkan perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Katanya, Kerajaan Persekutuan merupakan pihak yang seharusnya dipersalahkan diatas kelewatan perjanjian tersebut sehingga memberi kesan kepada rakyat di negeri itu.

“Kerajaan Persekutuan berdolak dalik dan sengaja melengahkan perjanjian air tersebut,” tegasnya ketika ditemui di Parlimen pada Selasa.

Azmin memberi amaran isu itu tidak diselesaikan dengan kadar segera, beliau akan mendedahkan kepada umum perbuatan tidak bertanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

“Saya amat kecewa kerana pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sering menukar pendirian mereka.

“Saya tidak mahu merumitkan suasana, kerana pendirian kerajaan negeri mahu memuktamadkan perjanjian ini secepat mungkin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.