Followers

Saturday, July 4, 2015

Rakyat Malaysia tidak berkenan kenyataan pejabat PM

 
Rakyat Malaysia tidak berkenan kenyataan pejabat PMPengguna media sosial kelihatan tidak berkenan dan tidak yakin dengan kenyataan Putrajaya yang menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menerima berbilion ringgit yang dipindahkan ke dalam akaunnya.

Pengguna Facebook melalui komen mereka menghentam perdana menteri di laman profil rangkaian sosial beliau hampir sepanjang masa sejak beliau berkongsi kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri jam 1.39 tengah hari tadi.

Mereka melepaskan kemarahan, rasa sakit hati dan menghamburkan sindiran dalam hampir 500 komen yang dibuat setakat ini.

"Eerrr.. How about we don't believe you (Macamana kalau kami tak percayakan anda)!!” kata Damien Thanam.

Nicholas Chin menulis: "Our cute PM. like to post in fb rather than speak openly to the ppl (PM kita yang comel, suka tulis posting FB, daripada bercakap secara terbuka dengan rakyat).”

"U should realise by now that you have lost the rakyat's support. No amount of money n propaganda can save you this time (Anda patut sedar sekarang anda kehilangan sokongan rakyat. Sebanyak mana wang dan propaganda pun tak akan dapat selamatkan anda kali ini),” tulis Fariz Zakaria.

Kenny Wan mencadangkan Najib buktikan kepada semua yang beliau memiliki sokongan rakyat.
"100% support you PM Najib. Why not dissolve the parliament and call for early election to show everyone that you will be still democratically elected? (100% menyokong anda, PM Najib. Kenapa tidak bubar Parlimen dan isytiharkan pilihan raya segera untuk tunjukkan anda masih dilantik secara demokratik” katanya.

Zakiy R. Hasham menulis: “Thank you for your services sir. your contributions are highly appreciated, but I think it’s time for you to move on. Wish you the very best in life. (Terima kasih atas perkhidmatan Tuan. Sumbangan anda amat dihargai, tetapi saya rasa tiba masanya anda pergi. Mengucapkan yang terbaik untuk hidup anda)"

Sweekeng Lim menggesa Najib mengisytiharkan hartanya kepada umum untuk membuktikan beliau tidak bersalah, sambil Mahmud Fahrurrazi Uhd bertanya Najib bila beliau akan bertaubat.

Pengguna Facebook Mohammad Fadino Khairuman bertanya adakah Najib membaca semua komen yang dibuat dan akan membalasnya.

"Saya menguruskan sebuah fan page dengan fan 3.5 juta. Jauh lebih banyak dari Pak Jib. Namun walau ada satu comment negative ianya dapat saya perasan dan memberi maklum balas. 

Jadi janganlah kata Ko tak nampak orang semua tak suka dekat ko di FB ni Jib. #MuhongKuat”

Ramai juga yang mencabar Najib menyaman WSJ kerana laporan itu, seperti Zuhairy Fauzy yang menulis: “ Sue WSJ then. You’re always right, aren’t you? (Kalau begitu, samanlah WSJ. Anda memang selalu betul, kan?)"

Seorang lagi pengguna Facebook, Norakma Mohd Yaman mengatakan: "Kalau setakat tulis sahaja, saya pun boleh buat. Bukti mana, bukti? Samanlah WSJ kalau betul kau di pihak yang betul. Menyampah pula dengan propaganda melalut ini." – TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.