Kenyataan terhadap Najib oleh Tun M hanyalah dakwaan semata-mata yang tidak diketahui sumber maklumatnya.
Katanya, segala kenyataan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri itu hanya merupakan dakwaan dan banyak pihak tidak mengetahui dari mana Dr Mahathir memperoleh sumber tersebut.
“Ia hanyalah dakwaan sahaja. Kita pun tak tahu dari mana beliau dapat sumber. Kalau betul kenyataan Dr Mahathir benar, dari mana dia dapat sumber. Kita cabar dia.
“Kalau setakat Wall Street Journal, banyak juga dakwaan-dakwaan. Lee Kuan Yew pernah saman Wall Street Journal empat kali dan kalah semuanya,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Ahmad Atory turut menyifatkan kenyataan Dr Mahathir terhadap Najib merupakan kenyataan politik yang belum dapat disahkan.
“Kenyataan politik ini berkaitan dengan kuasa dan pengaruh untuk mempengaruhi rakyat untuk mempersetujui sesuatu pandangan. Ia juga bagi mendapatkan kuasa dan pengaruh,” ujarnya.
Beliau turut mencadangkan agar bekas Perdana Menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu sabar menunggu laporan dari semua pihak seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara sebelum melemparkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri.
“Dr Mahathir perlu tunggu laporan dari semua pihak. PAC tak bagi laporan, Auditor General (Ketua Audit Negara) belum bagi. Kita tunggulah..
“Jangan terlampau sangat dengan sentimen. Sabar dahulu lah berkenaan perkara ini. Wait and see (Tunggu dan lihat). Jangan menyemarakkan keadaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.