Followers

Monday, July 6, 2015

Penangguhan pemilihan parti bukti gabungan pemerintah bacul - Semut Harian

KOMEN:  Kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. 
 
Merujuk kepada tabiat dan amalan ibubapa yang akan selalu ditiru atau diwarisi oleh anak-anak mereka. 

Inilah yang dilakukan oleh parti komponen BN yang meniru abang besar Umno dalam menangguhkan pemilihan parti. 

Seperti yang berlaku sebelum ini pada 2010,2013 dan sekali lagi pada 2015, parti Melayu yang mendominasi gabungan pemerintah itu akan menangguhkan pemilihan parti, mendakwa untuk memberi ruang kepada parti memperkasakan dirinya serta membentuk perpaduan sebelum pilihanraya umum akan datang. 

Walaupun tidak pernah dikatakan dalam penangguhan tersebut juga dilakukan ketika presiden Umno sedia ada  berada dalam kedudukan yang goyah, misalnya yang berlaku ketika wujudnya golongan dalam parti Melayu itu yang menyerang presiden parti terdahulu Abdullah Badawi pada 2010. 

Dan kini sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak menangguhkan pemilihan parti kerana dia juga dalam kedudukan terancam berdepan dengan kritikan yang pernah dia lemparkan kepada Abdullah.
Mengumumkan penangguhan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti di Kuala Lumpur pada 26 Jun, Najib berkata langkah itu perlu untuk memperkuatkan parti dan memastikan Umno dan komponen BN yang lain menjadi lebih kuat untuk menghadapi PRU 14. 

“Kita perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat...memberi tumpuan kepada keperluan rakyat, samada melalui polisi atau tumpuan kepada akar umbi.

“Kita mesti (juga) fokus kepada kekuatan parti dan melakukan apa yang diperlukan supaya Umno dan kawan-kawan kita terus kuat untuk berdepan pilihanraya akan datang,” dia di laporkan telah berkata begitu. 

Seperti yang telah berlaku sebelum ini, sebaik sahaja pengumuman Najib wujud pula khabar yang parti komponen BN, seperti MCA, yang berkata mereka akan mempertimbangkan idea yang sama. 

“Saya melihat ini sebagai usaha untuk memberikan tumpuan perkhidmatan kepada rakyat, langkah untuk bersedia dan kekal bersatu dalam menghadapi pilihanraya akan datang,” presiden MCA Liow Tiong Lai (kiri) dilaporkan berkata. 

“Kita akan mengkaji alasan keputusan mereka. Saya pasti semua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu pilihanraya,” dia menambah. 

Penyokong kuat BN Sarawak PBB juga berkata perkara yang lebih kurang sama. 

Ketua pemuda PBB Fadillah Yusof memberi petanda yang parti tersebut juga mungkin akan menangguhkan pemilihan parti selepas pilihanraya negeri. 

“Penangguhan ini perkara biasa untuk menjaga kepentingan parti,” dia dilaporkan berkata. 

Dengan gema suara yang sama dalam landskap komponen BN, penangguhan parti Umno tidak lama lagi bukan suara asing dalam keriuhan. 

Dan saya kira tidak lama lagi penangguhan juga akan dilakukan oleh komponen parti yang lain, seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Sama seperti kes terdahulu, kes terkini Najib ini, mendakwa yang penangguhan ini selari dengan peruntukan sedia ada perlembagaan parti dan untuk menguatkan parti dan mewujudkan perpaduan. 

Tetapi cerita sebenar lebih sukar daripada cerita baik yang dikeluarkan, kerana ia mungkin wujud kerana pergelutan kuasa dalaman yang digunakan oleh presiden sedia ada untuk mengelakkan disingkirkan. 

Penangguhan Najib jelas ialah cubaan untuk mendiamkan para pengkritik dan kelompok dalam Umno yang sedang bengang dan ingin menyingkirkannya. 

Sementara untuk komponen BN yang lain ia adalah langkah yang dialu-alukan untuk mereka yang sedang memegang kedudukan memanjangkan cengkaman mereka tanpa perlu bimbang disingkirkan.
Lagipun, bagi mereka, kepimpinan melalui tauladan. 

Jika Najib buat, mereka juga perlu ikut. 

Tetapi kenyataannya, penangguhan pemilihan parti tidak memberi kesan kepada kekuatan parti tetapi hanya melemahkan mandate mereka yang mereka kuasa kerana penangguhan itu membuktikan keterdesakan mereka dan mencetuskan lebih banyak kritikan. 

Dan lebih buruk, ia membuatkan mereka nampak seperti ayam, yang seringkali dikaitkan dengan kebaculan. 


Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.