Followers

Wednesday, July 15, 2015

Pemimpin BN Cabut Lari Dengan Pendedahan Ini?

 

Najib Patut Ketar Dengan Berita Ini. Afidavit bersumpah akan didedahkan kepada umum minggu ini bagi menjelaskan bagaimana jutaan ringgit disalurkan kepada Barisan Nasional (BN) daripada akaun peribadi perdana menteri untuk digunakan semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), kata badan bukan kerajaan Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Penaung dan jurucakap kumpulan tersebut, peguam Md Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider, dokumen itu apabila didedahkan, akan menunjukkan kesalahan yang dilakukan pentadbiran kini.

"Apabila didedahkan, ia akan menunjukkan bagaimana wang tersebut masuk dan keluar dari akaun PM, dan bagaimana keseluruhan proses itu berjalan.

"Ia akan menyambung semua titik dan menyelesaikan teka-teki selama ini," katanya.

CAGM mendakwa pada Ahad, jutaan ringgit dari akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur disalurkan kepada parti komponen BN menjelang PRU13 yang diadakan pada Mei, 2 tahun lalu.

Zainal memberitahu The Malaysian Insider semalam, afidavit bersumpah tersebut sebahagian daripada dokumen mahkamah yang difailkan seseorang daripada industri perbankan dalam saman terhadap perkara lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah mendapatkan kebenaran plaintif untuk mendedahkan dokumen bersumpah tersebut.

"Kita mempunyai beberapa dokumen, termasuk afidavit bersumpah ini yang digunakan individu tersebut untuk mendapatkan bantuan undang-undang.

"Kini kita hanya perlu menyelesaikan beberapa isu, seperti kemungkinan didakwa menghina mahkamah, dan kita akan mendedahkannya kepada umum dalam masa beberapa hari," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.