Followers

Wednesday, July 22, 2015

Pas terdesak perlu "bertakup" dengan Umno

 

Pengumuman dibuat oleh Anwar Ibrahim yang akan melancarkan pembentukan Pakatan Baru (Pakatan 2:0) yang melibatkan beberapa Ngo dan juga Gerakan Harapan Baru (GHB) memberi tekanan kepada Pas dibawah pimpinan baru yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang. Sudah pasti pembentukan Pakatan 2:0 itu tidak akan merangkuli sama Pas.

Seperti mana dibayangkan oleh Anwar menerusi kenyataan disampaikan oleh peguamnya, Pakatan 2:0 itu akan menampilkan Ngo seperti Ikram, Abim, Bersih yang akan berkolobrasi dengan PKR dan DAP. Manakalan parti baharu yang sedang diusahakan oleh GHB akan mengganti tempat Pas.

Kata Anwar Pakatan baharu itu bertujuan untuk meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat sebelum ini yang telah berjaya memberi tekanan kepada UBN sehingga menafikan majoriti dua pertiga di parlimen serta meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak goyah.

Keperluan menubuhkan Pakatan baru itu kata Anwar penting ke arah untuk menyalamatkan negara yang kini teruk tertekan dibawah pimpinan Najib. Isu-isu mengenai 1MDB, kejatuhan nilai ringgit adalah faktor kepentingan Pakatan baru itu.

Apabila tertubuhnya Pakatan 2:0 nanti, sudah pastilah Pas akan kehilangan rakan kerana tidak mungkin parti agama itu akan ikut sama bergabung dengan Pakatan Rakyat. DAP yang menjadi tunggak kedua dalam Pakatan itu bersama GHB sudah pasti tidak bersedia untuk menerima Pas sebagai sekutu Pakatan 2:0 itu.

Disinilah meletakkan Pas dalam keadaan tidak menentu dan perlu bingkas segera. Apakah Pas berhajat untuk bersendirian mencari keredhaan Allah tanpa kemenangan politik? Kalau begitu, perwujudan Pakatan 2:0 itu tidak memberi kesan kepada Pas.

Sebaliknya kalau Pas masih memerlukan kemenangan politik, merindui jawatan dan mengimpikan jawatan lebih penting dari apa yang ada sekarang ini, atau pemimpinnya ingin mendapat keuntungan dari kemerdekaan cara Umno, dan mengekalkan status quo kedudukan kini Pas perlu berbuat sesuatu.

Satu langkah yang perlu difikirkan Pas ialah bergerak proaktif bersama Umno bagi menghadapi tentangan Pakatan baru itu. Dalam hal ini Pas boleh bergabung dengan Umno. Umno kini merupakan tali hayat kepada Pas. Satu mekanisme perlu dirangka untuk menyatukan Pas dengan Umno.

Pas tidak perlu menunggu lebih lama untuk melaksanakan cita-cita yang terpendam tetapi sudah diketahui umum. Kata orang alang-alang berakwat biarlah hitam.

Pas tidak boleh bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya akan datang. Pas perlu kepada patner yang kuat sekiranya parti itu mahu menghantar wakil ke parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Jika Pas bertanding bersendirian, Pas akan mati beragam. Untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pun masih belum tentu.

Pengumuman atau pembentukan Pakaran 2:0 itu dilihat sebagai desakan kepada Pas untuk segera bertakup dengan dengan Umno. [wm.kl.11:54 am 22/07/15]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.