Followers

Monday, July 20, 2015

Paparan skrin Papagomo terbaru- KPN minta Azri berdiam diri FMT Reporters

 
papagomo,deal

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, 'Papagomo Original' dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, “bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam..”


PETALING JAYA: Susulan paparan skrin yang diviralkan mengenai dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia menyelesaikan ‘isu Low Yat’ dengan bayaran RM20,000, satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin rentetan penafian tersebut.

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, ‘Papagomo Original’ dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, “bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam..”

Tulisnya, “Saya juga memberi ruang sepenuhnya kepada pihak #‎PDRM‬ dan KPN dalam meneruskan siasatan terhadap insiden pergaduhan di #‎Lowyat‬… saya tak akan masuk campur lagi tapi, saya akan terus menerus menentang bangsa ‪#‎Cina‬ DAPig yang semakin naik kepala dan cuba merampas tanah #‎Melayu‬.

“Takbir , Allahuakhbar -Papagomo.”

Dalam paparan skrin Whatsapp yang dikatakan merakam perbualan di antaranya dan Khalid, Azri meminta maaf atas tindakan printscreen perbualan antara mereka berdua.

“Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkn kesilapan saya,” tulis paparan itu.

Manakala, ia didakwa dibalas oleh KPN dengan kata-kata, “Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri.
This is nation matter… deal with it or silent.”

Terdahulu, peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan akaun Facebook itu bukan kepunyaan anak guamannya.

KPN pula menafikan beliau terlibat dalam perbualan pesanan ringkas Whatsapp meminta rasuah sebanyak RM20,000 untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu berhubung insiden Low Yat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.