Followers

Monday, July 13, 2015

NAJIB TIDAK UNDUR, SIAPA YANG PALING KECEWA? Artikel menarik utk kita fikirkan suarakami

 Betulkah penyokong Tun Mahathir paling kecewa jika Najib tidak berundur sebelum PRU14..

Saolannya kenapa perlu paling kecewa?
Memperjuangkan sesuatu tanpa kepentingan diri tentulah berbeza dengan berhempas pulas mempertahankan kuasa, pangkat dan jawatan.

Kalau dia seorang ahli umno dan sokong Tun Mahathir, dia kena akur kepada pendirian KBU yang dipilihnya.

Kalau dia bukan ahli umno, lebih sekadar penyokong atau pengundi atas pagar, sudah tentu dia sentiasa ada pilihan.

Kalau dia penyokong Tun Mahathir dan dalam masa yang sama menyokong pembangkang, kenapa perlu kecewa kerana jika Najib tidak berundur, potensi pembangkang tawan Putrajaya adalah 101%.

Semasa PRU13, di Pulau Pinang orang Melayu diingatkan jangan sokong pembangkang tetapi mereka tetap pilih.... Siapa yang paling kecewa sekarang.

Jika hari ini Tun Mahathir minta Najib berundur dan umno tetap mempertahankannya.. kita lihat nanti, selepas PRU14, siapa paling kecewa...

Jika Tun Mahathir salah, kita lega, walaupun kita menyokongnya.


Jika Tun Mahathir betul, kita lega kerana sudah menjalankan tanggungjawab..

Jadi, siapa yang paling kecewa (?)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.