Followers

Friday, July 10, 2015

Najib, Rosmah ‘kebanggaan baru’ negara Faiz Zainudin

 
najib-rosmah-shahbudin

Belum pernah ada dalam sejarah seorang Perdana Menteri dan isteri sama-sama naik dalam berdepan dengan isu penyelewengan wang melibatkan jumlah yang besar.

PETALING JAYA: Pendedahan terbaharu Sarawak Report yang mendakwa sebanyak RM2 juta telah dimasukan ke dalam akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor membuktikan isteri Perdana Menteri itu merupakan ‘kebanggaan kita’.

Sindiran itu dibuat bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Katanya, belum pernah ada dalam sejarah negara Perdana Menteri dan isteri yang sama-sama naik seperti ini dan ia kemungkinan suatu ‘kebanggaan baru’ setelah bertahun-tahun rakyat negara ini hanya berbangga dengan adanya KLCC dan Putrajaya.

Katanya, isu kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak belum lagi terjawab, kini isteri beliau pula dipalit dengan isu yang sama, sekaligus mendatangkan beban baru kepada beliau yang akan menjadi bualan umum.

“Sebagai isteri yang selalu digambarkan oleh pembantunya bahawa Rosmah hanyalah seorang suri rumah saja, rakyat kini ghairah ingin tahu daripada manakah datangnya wang sebanyak RM2 juta yang boleh didepositkan ke dalam akaun peribadinya dalam tempoh tidak sampai tiga bulan itu?

“Adakah Rosmah akan mengatakan ia tabungan lama atau pemberian tanda kasih sayang daripada suami tercinta?,” tulisnya diblog shahbudindotcom.blogspot.com.

Dia berkata, sekiranya wang tersebut hasil daripada pemberian Najib, maka dari sumber mana wang tersebut diperolehi dan adakah Rosmah seorang yang mengetahui daripada wang tersebut datang.

“Adakah sehari dua nanti Rosmah juga akan memberi jawapan yang cuba mencairkan hati rakyat seperti, “saya tak ambil wang negara atau Permata untuk kepentingan peribadi” atau “kalau ia wang curi, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi?”,” katanya.

Shahbudin berkata, walaupun rakyat merasakan isu yang berlaku itu satu lagi bahana untuk negara, Najib dan Rosmah semestinya berdepan dengan masalah sama yang membolehkan kedua-duanya berpakat bagi menyelesaikan krisis yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.