Followers

Monday, July 13, 2015

MUNAFIK Jika Tidak Tepati Janji !!

Mafiaboss Melayu's photo.
Jika Al-Quran dan ajaran serta tradisi Islam adalah panduan kepada dasar-dasar kerajaan, maka Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih terbuka kepada kritikan dan mengambil tindakan serius terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Lagi pun, ini adalah teras ajaran dan amalan Islam seperti yang dicontohi oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad ketika mereka menjadi Khalifah selepas kewafatan Baginda.

Sebagai contoh, PM haruslah mengambil iktibar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq apabila beliau diangkat menjadi Kalifah pertama umat Islam.

Najib dan orang di sekelilingnya haruslah maklum bahawa tiada bangsa, keturunan atau kepercayaan sebagai seorang Muslim, satu-satunya pembahagi adalah keimanan, tiada sebarang bangsa istimewa yang dianugerah Tuhan sebagai pembela keimanan.

“Patuhi aku selagi aku patuh kepada Allah dan pesuruhnya. Tetapi jika aku tidak lagi patuh kepada keduanya, maka kalian tidak lagi terikat untuk setia denganku,” ahli sejarah Islam telah merekodkan sahabat itu sebagai berkata ketika beliau bercakap dengan rakyat yang beliau akan pimpin.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.