Followers

Tuesday, July 7, 2015

Mukhriz yakin bapanya tidak terlibat seleweng fakta 1MDB Adam Abu Bakar

 
mukhriz_mahathir_600

Tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Tun M individu di sebalik kontroversi merupakan tuduhan tidak adil.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dan menjadi dalang menyeleweng fakta atau mengubah emel dalam kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu merupakan individu di sebalik pembohongan yang dibuat termasuk oleh Sarawak Report merupakan suatu tuduhan yang tidak adil.

“Saya harap tidak panjang cerita, kalau ada mana-mana pihak yang rasa tidak adil membuat dakwaan tidak berasas kepada pucuk pimpinan kita. Maka lebih kurang tidak adil buat tuduhan sama terhadap Tun M,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa di PWTC pada Ahad.

Rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh jurugambar bebas yang dikenali sebagai ‘minaq Jinggo’.

Mukhriz turut menyangkal dakwaan bahawa Dr Mahathir mempunyai hubungan dengan bekas pekerja PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana didakwa cuba untuk memeras ugut bekas majikannya.

Pada masa sama, Mukhriz turut percaya, kritikan Mahathir terhadap kepimpinan dan parti UMNO itu hanyalah sebagai usaha untuk menyatukan ahli di dalam parti itu.

“Saya percaya apa yang dia (Dr Mahathir) lakukan adalah untuk memperkuatkan parti.

“Soal kebenaran, soal apa yang menyatukan kita sebagai sebuah parti dan itulah yang menggerakkan Tun M untuk mengeluarkan kenyataan yang kelihatan kesat.

“Tetapi itu adalah hasratnya dan bukanlah saya hendak membela dirinya dan dia layak untuk membela dirinya tetapi itulah keadaan sebenarnya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.