Followers

Wednesday, July 22, 2015

Mahfuz Omar setia bersama kepimpinan Ulama Pas Faiz Zainudin


Mahfuz-Omar_pas_600

Beliau masih Yang Dipertua Pas Pokok Sena dan tidak mengambil tahu penubuhan parti baru oleh Gerakan Harapan Baru.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar memilih untuk terus bersama golongan ulama Pas.

Walaupun Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menyatakan sokongan secara langsung, namun kenyataan yang diberikan menunjukkan beliau masih setia dengan kepemimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau masih Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena dan akan memberi fokus kepada parti di kawasannya.

“Soal penubuhan parti baharu oleh GHB saya tidak tahu.

“Saya masih yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena itu jawapan saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Mahfuz, kalah dalam pemilihan Pas pada pemilihan lalu. Sebelum ini, beliau dilihat menyokong kumpulan progresif Pas tetapi sejak akhir-akhirnya beliau dilihat kurang terlibat dengan kumpulan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.