Kumpulan-kumpulan mahasiswa menuntut Datuk Seri Najib Razak bercuti sehingga siasatan melibatkan kontroversi dakwaan pengaliran wang daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke dalam akaunnnya selesai.
Dalam tempoh itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memangku tugas Najib.
Perkara itu antara tiga tuntutan 12 persatuan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA), termasuk majlis perwakilan pelajar universiti itu, dalam kenyataan bersama mereka hari ini.
Kumpulan itu juga menggesa sebuah suruhanjaya diraja bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dengan segera serta mencadangkan Najib dan kerajaan menyaman WSJ bagi menafikan tuduhan.
“Sekiranya pihak kerajaan masih gagal membersihkan segala tuduhan dan memberhentikan segala penyelewengan dana awam, pimpinan mahasiswa UIA tidak teragak-agak untuk menggerakkan satu protes besar-besaran dengan disertai seluruh mahasiswa UIA serta mahasiswa seluruh negara,” begitu amaran mereka.
Antara persatuan mahasiswa lain yang terlibat mengeluarkan kenyataan itu termasuk persatuan undang-undang, persatuan pelajar ilmu wahyu dan persatuan pelajar kuliyah bahasa dan pengurusan.
- mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.