Tentunya
orang Perak boleh tersenyum seketika kini.Ini kerana MP Bagan Dato
Zahod Hamidi di pilih PMNajib untuk gantikan tempat TPM Muhyiddin
Yassin.
Anak saudara kepada Panglima PAS arwah Dato Hasan Adli ini mempunyai sejarah panjang dalam UMNO.
Bekas pelajar
sekolah agama di Perak ini pernah isytihar "perang" ke atas Dr Mahathir
atas isu kroni dan nepotisme.Belia menjadi Ketua Pemuda UMNO di era
Anwar menjadi Timbalan PM.Zahid bersama Anwar ketika krisis
Mahathir-Anwar 1998 yang menyebabkan Mahathir hantar Zahid "menuntut
ilmu" ke Universiti Kemunting.
Selepas "lulus belajar" di Universiti Kemunting,beliau "bertaubat" dan berpaling tadah dengan menyokong semula Dr Mahathir.
Selepas PRU
2008,Pak Lah masukkan Zahid menjadi ahli kabinetnya sebagai Timbalan
Menteri.Apabila giliran Najib menjadi PM,Zahid di angkat menjadi menteri
penuh.Mulanya sebagai Menteri Tentera(Pertahanan) kemudian menjadi
Menteri Polis(KDN) pula.
Semasa menjawat
Menteri Tentera,Lahad Datu di serang penceroboh Solo.Apabila Najib
melantiknya menjadi Menteri Polis,Zahid mula tunjuk belangnya hinggakan
Gengster, Kongsi Gelap,sindiket dadah dan gerila IS pun "gerun" dengannya.
Walaubagaimanapun,beberapa
kontroversi juga melandanya seperti kes pukul Bazli dan wartawan
MalaysiaKini.Biasalah panas baran peminat motor berkuasa tinggi.
Barangkali suhu
amarah Zahid turun sedikit apabila menjadi orang nombor dua Malaysia dan
bakal menjadi orang Perak pertama menjadi PM Malaysia.Itupun jika UMNO
masih releven untuk setahun dua ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.