Followers

Thursday, July 2, 2015

Lelaki mengamuk kerana ‘fogging’ - FMT Reporters


kerana-fogging2

Lelaki itu dikatakan naik angin selepas mendakwa tidak ada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak berkenaan untuk melakukan semburan asap itu.



PETALING JAYA: Beberapa orang anggota dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diacu parang oleh seorang lelaki ketika melakukan semburan asap untuk membasmi nyamuk aedes.

Kejadian berlaku di Flat Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang kira-kira jam 6.45 petang pada Rabu.

Difahamkan, kakitangan KKM dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu telah didatangi seorang lelaki yang tidak membenarkan pihak berkenaan melakukan semburan berkenaan.

Lelaki itu dikatakan naik angin selepas mendakwa tidak ada sebarang notis dikeluarkan.

“Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?,” kata lelaki itu.

Kakitangan KKM berkenaan cuba menenangkan lelaki berkenaan walaupun ketika itu dia kelihatan mengacu dan menghayun parang.

Berdasarkan keterangan, penduduk telah diberikan notis oleh KKM pada pagi hari kejadian berhubung langkah yang hendak diambil.

Insiden tersebut yang telah dirakam menerusi video telah dimuat naik ke laman Facebook dan Youtube serta menjadi viral di internet.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.