Followers

Saturday, July 25, 2015

Lagi Datuk ditahan bantu siasatan 1MDB - FMT Reporters

 
1MDB,-MACC

Ia menjadikan indvidu keempat ditahan bagi membantu siasatan 1MDB 


PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Utusan Malaysia Online, individu berumur 48 tahun itu merupakan orang keempat yang ditahan reman dalam siasatan kes berkaitan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.

Dia dilaporkan tiba pada 10.15 pagi Sabtu di Mahkamah Majistret Putrajaya dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Sementara itu, seorang lagi pengarah syarikat yang juga bergelar Datuk yang merupakan individu kedua ditahan dalam kes berkaitan 1MDB telah dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu.

Pengarah berumur 54 itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.