Followers

Thursday, July 2, 2015

Ketua Wanita PKR persoal kenyataan ADUN Kinrara - Faiz Zainudin

 
jahara-kinrara

Sze Han dikatakan cuba membawa idea liberal ke negara ini dengan memperlekeh kod etika berpakaian

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dikatakan tidak menghormati Rukun Negara dan gagal memahami budaya masyarakat negara ini.

Kenyataan itu dibuat susulan status yang dimuat naik wakil rakyat daripada DAP itu, mengenai kebebasan berpakaian ketika berurusan di pejabatnya.

ADUN Telok Ayer Tawar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan status yang dimuat naik Sze Han di laman Facebooknya, sebagai percubaan membawa idea liberal ke negara ini.

“Kalau dia (Sze Han) cuba nak bawa pengaruh liberal ini bukan tempat dia, kalau hendak duduk Malaysia dia kena akur dengan budi bahasa kita,” ujarnya ketika di hubungi FMT.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut mempersoal kenyataan Sze Ha.

Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, perkara berkenaan tidak perlu ditimbulkan kerana masyarakat sendiri sudah sedar tentang cara berpakaian yang sopan ketika hendak melakukan urusan rasmi.

“Apabila ada isu (tatacara berpakaian oleh kakitangan kerajaan), mereka (ADUN Kinrara) seolah-olah ingin menunjukkan protes dengan melakukan tindakan tersebut.

“Perkara itu tidak perlu dijadikan isu sebenarnya, malah tindakan tersebut tak perlu di uar-uarkan kepada orang ramai sebab orang yang nak datang ke sana mereka sudah faham apa yang mereka patut pakai,” katanya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, ADUN DAP itu tidak sepatutnya memanaskan kembali isu berhubung tatacara berpakaian kerana itu telah reda dan pihak bertanggungjawab sudahpun memberi penjelasan.

“Tindakan itu tidak wajar sebab isu itu sudah reda, malah selama ini rakyat negara kita hidup dengan cara sopan,’ katanya.

Mengulas isu yang sama, Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, dia tidak pelik dengan kenyataan itu.

Katanya, apa yang dibuat Sze Han itu munasabah dan bersesuaian dengan matlamat perjuangan parti itu yang gemar budaya kotor.

“Kita tahu DAP ini perjuangan mereka bukan sahaja politik tetapi budaya yang tidak senonoh turut diperjuangkannya. Imej parti itu memang macam itu,” sindirnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.