Jawapan yang diberikan Najib Tun Razak tidak padan dengan betapa seriusnya dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, jawapan yang diberikan Najib tidak padan berbanding seriusnya dakwaan yang dilemparkan.
“Dakwaan itu amat berat. Sama ada benar atau tidak, tanpa jawapan yang tegas dan tuntas akan membawa implikasi yang teruk kepada kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri.
“Bahkan, ia akan merencatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan mengancam kestabilan negara,” katanya lapor Ismaweb.net.
Abdullah Zaik berkata, rakyat dan juga seluruh dunia dunia memerlukan jawapan yang tuntas, tegas dan segera berhubung kemelut ini.
“Jangan biarkan ia menjadi spekulasi politik yang berpanjangan akan merosakkan nama baik negara, terutama pada pandangan masyarakat antarabangsa,” katanya.
Justeru, katanya, Peguam Negara, Bank Negara, pihak polis digesa untuk menyelesaikan siasatan sepantas mungkin dan mengumumkan keputusan dengan segera.
“Jika wujud bukti di sebalik dakwaan WSJ ,mereka perlu mendakwa orang yang bersalah. Jika tidak, umumkan sama ada dakwaan itu palsu, fitnah atau tertuduh tidak bersalah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.