Followers

Wednesday, July 15, 2015

Jangan Main Kecam Saja - Saman Lah Media Australia Tu !!

PM kecam laporan media Australia

najib
Artikelnya dikatakan cuba menggelirukan dan membayangkan PM terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam laporan The Age dan Sydney Morning Herald (SMH) dari Australia yang cuba memburuk-buruk nama beliau melalui artikel bertajuk ‘Bribery scandal linked to Malaysian Prime Minister Najib Razak’ (Skandal rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, menyifatkan artikel cuba menggelirukan dan membayangkan Najib terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.

“Daripada membekalkan bukti yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes ini, artikel berkenaan menggunakan perkataan-perkataan berbentuk licik dan tidak konklusif seperti disyaki, didakwa dan dicadangkan untuk mendorong pembaca berfikir bahawa Perdana Menteri adalah bersalah,” petik kenyataan itu.

Sebelum ini SMH melaporkan Najib dikaitkan dengan satu lagi skandal rasuah melibatkan kontrak mencetak wang kertas polimer.

Ia mendakwa permintaan Canberra untuk mendapat maklumat daripada Putrajaya membabitkan dua firma bank rizab Australia telah tidak dipenuhi.

Laporan itu turut mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan Tun Abdullah Badawi terbabit dalam skandal itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.