Followers

Tuesday, July 21, 2015

Gugurkan tuduhan Akta Hasutan terhadap Ali Tinju Khairil Ashraf

 
ali-tinju_gani-patail_law_600

PKR mendakwa Akta Hasutan digunakan semata-mata untuk mewujudkan persepsi bahawa undang-undang itu diperlukan untuk mengekalkan keharmonian kaum.

PETALING JAYA : PKR mendesak kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggugurkan tuduhan mengikut Akta Hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mendakwa Ali Tinju berhubung insiden di Plaza Low Yat baru-baru ini.

“Mengapa pihak berkuasa berkeras menggunakan Akta Hasutan apabila terdapat banyak undang-undang lain yang sesuai untuk mendakwa dia?.

“Dia boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 506 (ugutan jenayah), 504 (menggugat keamanan) atau 505 (kerosakan awam),” katanya menerusi kenyataan media.

Surendran berkata, dakwaan terhadap Ali Tinju mengikut Akta Hasutan semata-mata untuk mewujudkan persepsi bahawa undang-undang itu diperlukan untuk mengekalkan keharmonian kaum.

Katanya, Akta Hasutan tidak diperlukan kerana terdapat banyak undang-undang lain di bawah Kanun Keseksaan yang bertujuan mengekalkan keamanan.

“Tidak dapat dinafikan Akta Hasutan telah secara meluas diguna untuk mendakwa pembangkang, peguam, masyarakat sivil dan aktivis yang bersuara menentang kerajaan.

“Malaysia tidak boleh menikmati kebebasan dan demokrasi selagi Akta Hasutan ada,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PKR mendesak kerajaan memansuhkan segera Akta Hasutan yang menindas dan anti-demokratik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.