Followers

Sunday, July 26, 2015

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 Zack Ahmad's photo. Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. 

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. –

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.
"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.
Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja’, Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno. 

"Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya. – 25 Julai, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-sanggah-hadi-nafi-berwalikan-dap#sthash.7wGBGGPW.dpuf

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-sanggah-hadi-nafi-berwalikan-dap#sthash.7wGBGGPW.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.