Nik Aziz pernah berharap agenda Islah bernegara dan
berkerajaan diteruskan dengan menggantikan kerajaan sedia ada dengan
pasukan baru.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Nik Aziz sebelum ini berharap agar agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru.
“Pasukan baru itu haruslah mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut (melampaui batas) sudah di harap menjadi kawan,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Husam, GHB juga menjadi hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan.
“Perubahan itu bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama,” katanya lagi.
Beliau turut mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.