Followers

Wednesday, July 1, 2015

Di sebalik syahdu Ramadan, politik PAS, Umno semakin rancak OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

 
Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, turut giat dalam program tazkirah Ramadan sambil mengkritik kepimpinan puak pro-Hadi yang memenangi pemilihan parti bulan lepas. –

Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, turut giat dalam program tazkirah Ramadan sambil mengkritik kepimpinan puak pro-Hadi yang memenangi pemilihan parti bulan lepas. 

Majlis berbuka, tazkirah Ramadan, moreh dan bersahur yang sepatutnya merupakan program ibadat, bertukar menjadi aktiviti mendapat sokongan dan menyerang lawan masing-masing dalam kedua-dua parti itu.

Ramai menyangka perang dalam PAS akan selesai apabila kumpulan konservatif berjaya menguasai parti itu dan kumpulan progresif tewas, namun ia tidak begitu, malah semakin panas.

 
"Tidak, ia tidak reda bahkan semakin rancak, dalam PAS dan juga dalam Umno. Kebanyakan aktiviti tertumpu di waktu malam selepas mereka berpuasa pada waktu siang," kata pengkaji politik dari Ilham Center, Mohamad Hisomuddin Bakar (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang kini berada di Kelantan berkata, aktiviti "makan colek" selepas solat Terawih menjadi pusat aktiviti politik di negeri itu sekarang, apabila mereka berkumpul ramai-ramai sambil makan di surau dan masjid.

Walaupun Kelantan merupakan kubu kuat PAS sejak bertahun lama, spekulasi timbul mengatakan parti baharu yang bakal mencabar parti Islam itu akan lahir di negeri itu.

"Persiapan ke arah itu sedangkan dilakukan," kata seorang pemimpin veteran PAS Kelantan yang tidak senang dengan apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.

Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi kritikan pemimpin parti menangguhkan pemilihan parti, langkah yang dikatakan memberi tekanan kepada timbalannya. 

Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi kritikan pemimpin parti menangguhkan pemilihan parti, langkah yang dikatakan memberi tekanan kepada timbalannya.



The Malaysian Insider, 1 Julai, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.