Azmin perlu membuat keputusan cepat supaya dapat
memastikan pentadbiran Selangor yang lebih mantap dan pembangunan negeri
berjalan lancar.
Gesaan itu dibuat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim susulan dua parti itu yang telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang kerja sama lagi.
“Perkara Itu perlu diselesaikan dengan cepat dan juga bertanggungjawab. Jangan biarkan negeri berada dalam keadaan tidak menentu.
“Saya rasa ada baiknya mereka membuat keputusan dengan lebih cepat supaya dapat menentukan pentadbiran Selangor yang lebih mantap serta boleh menentukan pembangunan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Parlimen, di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau enggan mencampuri pergolakkan yang berlaku antara parti pembangkang sebaliknya menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan terbaik.
“Saya adalah Ahli Parlimen Bebas. Sata tidak mahu mencampuri pergolakan politik parti pembangkang.
“Saya ada pandangan, tetapi sebagai orang yang profesional dan berdisiplin saya tak boleh mencampuri aktiviti dalaman parti lain,” katanya sambil menambah beliau juga tidak berminat menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.