Followers

Thursday, July 2, 2015

CUKUP-CUKUPLAH - Tunku Ismail Oleh Tunku Ismail

 
CUKUP-CUKUPLAH - Tunku IsmailSaya menyeru kepada semua pihak media, cukuplah memainkan isu berkenaan saya, Datuk Nazri dan kerajaan.

Saya tahu anda terhibur dengan apa yang berlaku. Apa yang ingin saya sampaikan telahpun saya katakan. Hormatilah bulan yang suci ini, dan biarkan saya dan keluarga saya menikmatinya dengan aman.

Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak.

Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri kerana ianya tidak kemana, dan secara jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini.
Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal... SAYA HANYA BERGURAU.


Walaubagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Johor dan Malaysia, dan semoga Allah merahmati anda sekalian.

Kepada yang bukan muslim, semoga Tuhan memberkati anda dan orang yang tersayang. Akhir kata, salam kasih kepada seluruh Bangsa Johor. Johor mesti sentiasa jadi Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Last modified on Khamis, 02 Julai 2015 06:50

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.