Followers

Wednesday, July 29, 2015

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali, 65, telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Mafiaboss Melayu's photo.Menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan atas sebab ‘masalah kesihatan’.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali, 65, telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Yang di-Pertuan Agong, bertindak atas nasihat perdana menteri, telah memberikan keizinan perlantikan Apandi sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.

Laporan yang sama juga mendedahkan yang Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai pegawai perundangan dan penghakiman sebelum dia bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Gani akan berusia 60 tahun pada 6 Oktober, umur wajib bersara bagi kakitangan awam.

Ada dua persoalan yang saya harus kemukakan selaku rakyat biasa.

Jika jawatan Peguam Negara ialah jawatan perkhidmatan awam dan umur bersara wajib untuk perkhidmatan awam ialah 60 tahun, bagaimana Apandi Ali yang sudah berusia 65 tahun dibenarkan memegang jawatan tersebut?

Jika jawatan Peguam Negara yang memerlukan keizinan dari sultan ialah lantikan politik, maka kerajaan perlu bersikap telus tentangnya. Biarkan satu negara tahu yang jawatan yang paling penting selaku ketua pendakwaraya negara ini ialah satu jawatan lantikan politik.

Ketika ini, saya juga tertanya-tanya tidak adakah pegawai kanan lain dalam Kamar Peguam Negara yang cukup layak menggantikan Gani Patail sebagai Peguam Negara sehingga terpaksa diambil seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Bagaimana dengan orang kedua terpenting dalam kamar Peguam Negara- Peguam Cara Negara? Adakah tidak layak dan tidak boleh diharap untuk menggantikannya?

Kerajaan perlu menjelaskan keadaan ini.

(Kredit to: Sdr Farouk Hashim)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.