Followers

Friday, July 10, 2015

BagI Melancarkan Siasatan Terhadap 1MDB - Sebaiknya Najib Meletakkan Jawatan kata Tun Musa Hitam

Najib Terkedu Dengan Statement Ini?


Bekas TPM Ibarat Saguhati Kepada Negara Jika Najib Letak Jawatan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai 3 pilihan dalam merencana masa depannya bagi menangkis tuduhan pemindahan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan perdana menteri yang berkhidmat dari tahun 1981-1986 itu berkata, Najib boleh kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

Secara peribadinya, beliau amat mengesyorkan jika Najib memilih jalan ketiga bagi "memberi ruang secara psikologi, politik dan perundangan" kepada siasatan yang sedang berlangsung ke atas dakwaan itu.

Menurutnya, Najib boleh meletakkan jawatan dan ia ibarat "sagu hati" kepada negara bagi memberi laluan kepada pelapis baharu dalam Umno.

"Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Mengenang Tun Razak

Bercakap secara eksklusif kepada The Malaysian Insider, negarawan berusia 81 tahun itu berkata sudah tiba masanya beliau bersuara berkenaan isu-isu yang menyelubungi negara.
Bekas TPM Ibarat Saguhati Kepada Negara Jika Najib Letak Jawatan

"Situasinya kini menuntut saya agar tidak berdiam diri lagi.

"Negara ini dibina dengan indah walau bagaimana sekali pun anda melihatnya.

"Namun, perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang pastinya menjerumuskan kita ke dasar dengan pantas – ke dalam situasi yang menjahanamkan diri kita sendiri – jika kita tidak segera bertindak," katanya bercakap sepatah demi sepatah, seperti memikirkan dengan mendalam setiap perkataan yang dituturkan agar maksudnya jelas.

Menurut Musa, beliau terpanggil membuat seruan ini dalam bulan Ramadan yang mulia apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

Almarhum Tun Razak, adalah bapa Najib merangkap bekas perdana menteri Malaysia kedua.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata...

"Maaf..saya tak pernah begini," kata Musa.

Pada masa ini, Musa berhenti bercakap selama kira-kira 10 saat, dan matanya kelihatan kemerah-merahan berkaca bergenangan air mata.

"Kini, kita ada seorang individu yang membawa namanya dan ia membuatkan saya lebih tertekan apabila memikirkannya.

"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya," kata Musa meneruskan perbualan.

Umno dalam penafian

Sementara itu, mengulas situasi Umno sekarang, Musa menyifatkan parti itu kini berada dalam penafian. 

Katanya, Umno perlu mengakui masalah ini dan mencari ikhtiar bagi menyelesaikannya.

"Mereka perlu cari alternatif dan ini tidak bermakna menyingkirkan presiden tetapi meneliti pilihan-pilihan yang ada.

"Ini perlu dilakukan dengan tenang, rasional dan mengambil kira kepentingan negara," katanya lagi.

Musa juga menegaskan beliau tidak percaya dengan sokongan terbuka diberikan kepada mana-mana pemimpin yang masih memegang tampuk kuasa.

"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti.

Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank, Kuala Lumpur.

Dakwaan itu kemudian disokong dengan dokumen yang dimuat naik ke atas talian oleh WSJ.

Terkini, pasukan petugas khas menyiasat dakwaan WSJ mengesahkan Najib pernah mempunyai 2 akaun peribadi di AmBank yang sudah ditutup – sekali gus mengiakan sebahagian daripada laporan WSJ. 

Najib bagaimana pun sebelumnya tanpa mengesahkan atau menidakkan laporan itu, menafikan pernah menggunakan wang yang dimaksudkan demi "kepentingan peribadi".

Sewaktu laporan ini ditulis, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa menerima deposit wang sebanyak RM2 juta di antara 10 Februari hingga 23 April tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.