Followers

Friday, July 10, 2015

Anak pengasas AmBank persoal tindakan KPN Adam Abu Bakar

 
Zack Ahmad's photo.

Penafian kaitan pembunuhan Hussain Najadi dengan 1MDB menjejaskan persepsi rakyat ke atas PM
Pascal-Najadi

PETALING JAYA: Pascal Najadi, anak kepada pengasas AmBank, Hussain Najadi mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar yang mengugurkan sebarang kaitan pembunuhan bapanya dengan kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwanya, tindakan Khalid itu hanya akan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Dengan menafikan begitu sahaja wujudnya kaitan pembunuhan bapa saya, Husain Najdi, Ketua Polis Negara, menarik lebih banyak perhatian daripada kami sekeluarga dan orang ramai.

“Bagaimana dia (Khalid) boleh katakan bahawa tiada penyiasatan terhadap kes itu?” ujarnya dalam status Facebook miliknya.

Pada masa sama, Najadi yang juga seorang pakar kewangan antarabangsa menyeru supaya Ketua Hakim Negara (AG), Tan Seri Abdul Gani Patail masuk campur dalam kes bapanya yang telah ditembak mati dengan kejam di kawasan letak kereta di ibu kota pada 29 Julai 2013.

“Ini bukan lagi bidang kuasa Khalid. Ini adalah tugas AG untuk memanjangkan kes ke enakmen kanun jenayah yang dilakukan di dalam negara..
 
 
KOMEN:
 
 
Zack Ahmad's photo. Nampaknya semakin hari semakin "TIDAK RELEVAN" lagi KPN, kita adukan kepada Majlis Raja Raja agar jawatan KPN diganti dengan secepat mungkin... demi masa depan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.