Followers

Saturday, July 11, 2015

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan

 

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan. PAS mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulamanya (MSU) untuk memutuskan hubungan dengan DAP - sambil kekal meneruskan keadaan sedia ada dengan PKR.Setiausaha MSU Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata majlis itu mengadakan perbincangan mengenai isu itu semalam.

Katanya, keputusan diambil MSU akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS untuk tindakan selanjutnya.Dalam kenyataan dikeluarkan melalui Nik Muhammad Zawawi, MSU mendakwa kesal dengan tindakan "provokasi berterusan" yang dibuat DAP sehingga melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Namun yang lebih menarik, MSU mendakwa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP itu dibuat kerana parti berkenaan "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS"."Oleh itu, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. 

Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR," katanya.Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana DAP campur tangan dalam isu aqidah seperti disebutkan PAS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.