Followers

Thursday, July 30, 2015

Ahmad Maslan Dakwa Video Pendedahan Muhyiddin Adalah Bohong









Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakinimenunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

astroawani



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.