Followers

Saturday, July 11, 2015

72 Jam Diberi Untuk BNM Bertindak Terhadap Pembocor Akaun Rosmah



Firma guaman yang bertindak bagi pihak Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengesahkan akaun Affin Bank yang didakwa menerima RM2 juta deposit tunai seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report, adalah kepunyaan isteri perdana menteri.

Bagaimanapun, firma guaman itu berkata kebocoran maklumat akaun itu, melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan oleh itu menuntut Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan.

Firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor dalam satu kenyataan malam ini berkata perlindungan maklumat dan kerahsiaan dan kekangan terhadap pertanyaan khusus mengenai hal ehwal pelanggan tertentu, juga diperuntukkan di bawah Akta yang sama.

Katanya, dalam satu pelanggaran jelas fungsi bank dan memandangkan profil pelanggannya di peringkat nasional dan antarabangsa, ia berharap BNM dengan segera dan/atau dalam tempoh 72 jam menjalan satu siasatan dan mengeluarkan penemuan terhadap pendedahan yang tidak dibenarkan di pihak bank itu.

Dalam mengesahkan akaun itu milik Rosmah, firma guaman itu berkata ia telah dibuka semasa pelanggannya itu seorang pekerja.

Akaun bank yang disebut dalam laporan di atas, katanya adalah akaun peribadi pelanggannya.

Menurutnya, ia dibuka pada tahun 1984 ketika pelanggan berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd).

Firma guaman itu juga menuduh Sarawak Report membuat "inferens" terhadap Rosmah dan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk bertindak.

Walaupun firma guaman itu mendakwa "inferens" Sarawak Report itu berniat jahat untuk memfitnah Rosmah, namun ia tidak menyebut tentang sebarang saman fitnah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.