Followers

Tuesday, June 2, 2015

Tun M, Tun Daim punca masalah MAS – SAMM FMT Reporters

  
 

mahathir_Daim-Zainuddin_mas_600

Masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System (MAS) tenat dan hampir diisytiharkan bankrap disebabkan kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar Asyraf berkata, masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

“Tajuddin Ramli melalui syarikat‪ ‎Malaysia Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri. Kerana “kehandalan” dan “kepintaran” kroni Dr Mahathir ini, MAS telah mewarisi kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 bilion sebaik sahaja Tajuddin menjual semula kepada Kerajaan pada 2001.

“Dr Mahathir ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS seperti harga yang dibeli oleh Tajuddin dahulu iaitu RM 8.00 sedangkan harga pasaran ketika itu adalah RM 3.68.

“Kononnya untuk menyelamatkan MAS daripada menjadi milikan asing. Tajuddin meraih untung RM 1.8 billion tetapi MAS mewarisi hutang,” katanya.

Ahmad Anwar berkata, MAS sekarang telah menjadi MAS yang baharu bermula 1 Jun lalu sama juga UMNO yang menjadi UMNO baharu hasil kerja tangan Dr Mahathir.

“Dr Mahathir bukan sahaja gagal dalam memilih pengganti beliau sebagai Perdana Menteri, malah Dr Mahathir termasuklah Daim dan Tajuddin telah melakukan dosa yang amat besar terhadap 6,000 orang yang kehilangan pekerjaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.