Followers

Saturday, June 6, 2015

Tuan Ibrahim: Kemenangan tak diingini

 
 
Timbalan Presiden PAS yang baru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, kemenangannya sebagai orang nombor dua dalam parti bukanlah sesuatu yang beliau harapkan.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, beliau sebelum ini bernazar untuk melakukan sujud syukur dan menyembelih kambing sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.

"Saya sebenarnya bernazar kalau saya kalah, saya nak buat sujud syukur dan sembelih kambing," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim juga terkenang kepada pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menasihatinya supaya tidak menarik diri sekiranya menerima pencalonan.

"Jawatan bukan perkara yang nak direbut. Namun Allah letakkan harapan ini. Nik Aziz juga berpesan kepada saya, kalau ada pencalonan jangan tarik diri. Kalau tak menang tak apa, jangan kecewa kerana harapan perwakilan," kata Tuan Ibrahim sebak.

Sehubungan itu, selaku timbalan presiden yang baru Tuan Ibrahim menasihatkan semua ahli supaya bersama mengukuhkan parti dan jangan menganggap kekalahan dalam pemilihan sebagai "keluar rumah".

"Bukan soal meninggalkan atau keluar dri rumah tetapi kita perlu bersama membina rumah ini dan bergabung kekuatan yang ada.

"Insya-Allah mudah-mudahan PAS mampu membawa hasrat rakyat,"katanya lagi.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.