Followers

Sunday, June 14, 2015

Tak penting tapi ramai mendekat

 
 
"Mengapa orang asyik memberitahu saya bahawa saya tidak keseorangan?" tanya Tun Dr Mahathir ketika diminta memberi komen mengenai kenyataan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang menganggap bekas perdana menteri itu sebagai "orang biasa" dan "tidak penting".

Kata Dr Mahathir, beliau adalah rakyat biasa tetapi kini begitu ramai orang dilihat memberi sokongan kepadanya.

"Apabila saya kata saya bersendirian, ramai orang tampil dan memberitahu, tidak, tidak, anda tidak bersendirian," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir menambah, penyokongnya itu juga tidak dibayar atau diupah - kenyataan yang dilihat sekali lagi menyindir Datuk Seri Najib Razak yang akhir-akhir ini sering mengadakan perhimpunan untuk menyokongnya.

Bekas perdana mentri itu juga mencadangkan kepada Nazri supaya membaca komen yang ditulis pengunjung blognya, chedet.cc.

Kalau cinta, cintalah

Saya lihat di blog sebagai contoh, dalam satu jam ada sejuta orang

"Adakah saya bersendirian? Entaglah. Dia (Nazri) tak pernah baca. Saya rasa bagus kalau dia sesekali membaca komen dalam blog saya, dalam WhatsApp dan Facebook," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Nazri terhadap Tengku Mahkota Johor supaya tidak mencapuri urusan politik, Dr Mahathir memberitahu keluarga diraja juga berhak menyatakan pandangannya.

"Adakah kita mempunyai undang-undang menyatakan tengku mahkota tidak boleh memberi pendapat?" katanya.

Dalam sidang media sama Dr Mahathir juga mempersenda sepanduk "I Love PM" yang sering dinaikkan dalam perhimpunan bersama Najib.

"Anda tidak berjumpa teman wanita anda dan meminta dia membawa kad bertulis I love you.

"Jika orang mencintai anda, mereka akan mencintai anda. Anda tidak perlu meminta dia mengangkat kad," katanya.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.