Followers

Tuesday, June 23, 2015

Sultan Selangor mahu kerajaan negeri pastikan kestabilan demi rakyat - Khairil Ashraf

Sultan Selangor mahu kerajaan negeri pastikan kestabilan demi rakyat

azmin-ali_sultan_600
Baginda telah dimaklumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkenaan krisis yang melanda Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

PETALING JAYA : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar Kerajaan Negeri memastikan kestabilan supaya pembangunan negeri dapat terus dilaksanakan bagi memenuhi tanggung jawab kepada rakyat.

Baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada Isnin.

Azmin dalam kenyataan media pada Selasa berkata, dalam pertemuan itu, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor berkenaan krisis yang melanda Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

“DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Negeri Selangor dan melaksanakan tanggung jawab kepada rakyat,” katanya.

Azmin berkata, dalam pertemuannya itu, beliau turut memaklumkan mengenai perkembangan usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.

“Selaku Menteri Besar Selangor, saya bertanggungjawab memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor tentang urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Untuk minggu ini, saya telah menghadap DYMM Tuanku Sultan pada 22 Jun 2015 untuk memaklumkan antara lain kemajuan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor,” katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan PR sudah tidak berfungsi secara rasmi.

Kerajaan Selangor ditadbir oleh tiga parti iaitu PKR yang memiliki 13 kerusi, DAP (15 kerusi) dan Pas (15 kerusi).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.