Followers

Monday, June 8, 2015

‘Saya tabik keputusan Mat Sabu' - Guan Eng

 
‘Saya tabik keputusan Mat Sabu' - Guan EngGEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil Pas dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.

Semalam, Mohamad memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Mat Sabu berkata, keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam PR.

Dalam pemilihan parti Khamis lepas, Mohamad gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.