Followers

Thursday, June 4, 2015

Saya pecat dan lantik semula menteri yang sokong saya- Tun M Mohamad Fadli

 
mahathir,pecat menteri

Dr Mahathir berkata beliau tidak menghukum menteri itu untuk selama-lamanya


KUALA LUMPUR: Memecat Menteri Kabinet yang tidak menyokong polisi Perdana Menteri bukan sesuatu yang baharu di negara ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah memecat Menteri yang tidak menyokongnya.

Namun, katanya, beliau melantik semula sekiranya menteri yang dipecat itu menyokong polisi yang diperkenalkannya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak terus menghukum menteri itu untuk selama-lamanya.

“Ya pada zaman saya ada juga. Misalnya ketika mereka menyokong bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Presiden UMNO, saya gugurkan mereka. Saya akan gantikan menteri yang sokong saya.

“Tetapi apabila mereka menyokong polisi yang saya buat, saya terima balik. Saya tak hukum mereka terus,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penasihat India Malaysia pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kata dua yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha pemulihan 1MDB.

Ditanya spekulasi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan dalam Kabinet, Dr Mahathir berkata,

“Saya tiada hak untuk mewakili dia (Muhyiddin). Dia nak letak jawatan atau tidak, itu hak dia,” katanya ringkas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.